Kiriman sms ni di terima pada 22/05/2011;4.46am.
(Kata - kata ini diluahkan dari hati suami ku,selepas 2 hari kami berselisih faham. Aku terasa hati dengan sikapnya yang cepat melenting bila aku banyak soal. Dia terasa dirinya disoal siasat. Aku pula, masih hidup dalam fobia tentang kepercayaan cinta. Terharu aku membacanya...menangis saat membacanya. Dia tak pernah tahu setiap kali aku menangis kerana sedih dan terharu dengan segala yang berlaku antara kami.)
" Sayang...honey cinta kan sayang sangat - sangat...Honey minta maaf atas segala kekurangan honey sikap honey, perbuatan,tingkah laku, bahasa yang banyak melukakan hati sayang. Honey sedar diri honey belum cukup matang untuk memahami dan menilai hati sayang seorang wanita. Honey ego, panas baran, tinggi suara menengking sayang maafkan semuanya ye... Honey tak membenci sayang tak pernah pun. Honey sayangkan sayang sangat - sangat...maafkan diri Honey kerana tak cukup kesabaran dalam menjaga sayang mendidik sayang menahan 'ceramah dan syarahan' sayang bila sayang marah. Honey diam senyap cuba menenangkan diri tapi hakikatnya Honey rindukan suara manja sayang, pelukan erat sayang, ketawa manja sayang. Honey perlukan sayang. Apa pun, macam mana sekali pun hati ni tetap cintakan sayang seorang saja tau...Honey gelisah, risau semuanya kerana Honey takut kehilangan sayang dan Honey tak nak harapan dan impian sayang musnah. Honey sanggup kehilangan apa saja yang penting sayang gembira dan puas hati...apa pun suami sayang ni tetap rindu, cinta dan sayang kan sayang sangat - sangat tau. Selamat malam Sayang. Maafkan diri ni ye."