Wednesday, May 25, 2011

Diari 1 : Kisah Aku

            Termenung aku sendirian di bilik yang sunyi, di malam yang sepi. Entah apa yang aku renungkan, di hadapan laptop ku sambil melayan lagu - lagu MP3. Menarik nafas panjang aku memikirkan segalanya. Masa menunjukkan jam 10 malam. Sekian lama tidur aku pun dah tak nyenyak lagi, tidur tak lena. Hati ku gelisah, resah,tak tenang. Fikiran aku berkecamuk, bercelaru dan serabut. Kalau lah boleh aku lerai - leraikan apa yang kusut dalam otak ni menggunakan tangan aku ni, dah lama aku buat sepeti mana aku leraikan pita tape yang kusut. Huh...aku mengeluh. Tiba - tiba bunyi panggilan mesej. Aku baca...dan tersenyum. Dah tentu dari pengubat hati. Aku balas mesejnya dengan tenang,agar dia tidak merasa hati sedang gelisah,risau dan sedih.

              Dia,pengubat hati. Ya, dia. Tetiba aku terkenangkan kisah permulaan aku dan dia. Tidak ku sangka. Cinta yang aku impikan hanya di depan mata. Dua tahun di depan mata,tanpa aku ketahui dia lah cinta untuk aku. Terkenang aku kembali tentang kisah hidup ku sebelum aku berjumpa dengan nya dan juga sebelum ku jatuh cinta.

                Ramai yang sememangnya akan mengenal seseorang itu baik mahupun tidak dengan pengalaman yang perit. Pasti,semua merasa kesedihan dan perit tentang erti hidup. Begitu juga cinta. Pasti ramai punya pengalaman cinta masing - masing sama ada pedih kecewa ataupun gembira bahagia. Begitu juga aku yang diri penuh kenangan perit mengcengkam diri akan kesannya. Sehingga kini, kesannya amat dalam. Hati aku menjadi negatif, selalu berfikiran negatif. Sentiasa memikirkan yang bukan - bukan tentang cinta, tentang kesetiaan, tentang lelaki dan juga tentang kejujuran. Ya,hingga kini begitu berkesan pengalaman dalam bercinta, dalam mengenal siapa itu lelaki dan apa itu cinta. Oleh kerana aku begini, tempias nya kena pada dia si jantung hati. Maafkan Sayang...

             Suatu masa dahulu, pernah aku dikecewakan yang amat kejam bagi ku. Di tipu terang - terangan, berlaku depan mata, tapi mata hati aku kabur hanya kerana aku begitu menyayangi nya. Dulu aku seorang yang positif. Boleh dikatakan, aku tak kuat cemburu kerana bagi ku cemburu itu berpada - pada. Aku juga, suatu masa dulu tak kenal erti cemburu, itu semua kerana aku berikan kepercayaan yang penuh padanya. Memang pun aku percaya pada lelaki yang menyatakan cintanya bersungguh - sungguh. Kepercayaan ku 100% padanya, pada kata - katanya dan juga pada janjinya. Hingga tiba satu hari iaitu hari kekecewaan ku, dia memutuskan hubungan antara aku dan dia setibanya aku tiba di Malaysia pulang dari Kota Mekah. Alasannya yang mana bagi ku,itulah alasan yang paling tak logik bagi ku, putus kerana ada masalah keluarga. Pada suatu hari, Allah Maha Kaya dan Berkuasa, diberikan aku petunjuk bahawa alasan dia tu tipu belaka. Bukan kerana masalah keluarga tapi masalah adanya perempuan lain di hatinya. Sepeninggalan aku pergi menunaikan Umrah selama dua minggu, dia menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Paling aku tak boleh terima dan paling aku benci, dia tertangkap dengan penipuan dia tapi masih lagi mahu menegang benang dia yang basah. Masih lagi dia mahu menafikannya. Aku benci lelaki tu. Kalau nak aku ceritakan setiap penipuan yang dia buat selama ini, sampai habis Diari ni pun tak habis lagi. Senang kata, andai ada 1000 cara - cara lelaki menipu perempuan, dia ada 1010 cara menipu perempuan yang dia dah buat. Telah aku berikan dia 3 kali peluang,tapi dia masih berkelakuan begitu, masih ada perempuan lain. Bak kata kawan aku, Eija,"Engkaulah perempuan paling bodoh yang pernah aku jumpa dan dia lelaki yang bertuah sebab diberi peluang hingga 3 kali". Begitu marah Eija pada aku.Huh...aku tak akan lupa. Aku benci sebab dia memberi kesan yang buruk dengan peribadi hati aku, tapi aku sedar ada hikmahnya. Melalui dia, aku lebih berhati - hati dalam bercinta. Teringat aku akan doa ku ketika di Tanah Suci. Ketika aku mendaki Bukit JabarRahmah, di mana itu tempat pertemuan Nabi Adam a.s dan Hawa isterinya. Aku berdoa pada Allah Ya Rahman, setelah mendaki bukit yang berbatu walaupun ada jalan senang hanya dengan menaiki tangga. Aku mohon pada Nya,agar dipertemukan lelaki yang sungguh - sungguh mencintai ku, menjaga aku dan menyayangi ku seperti mana aku menyayanginya, mencintainya bersungguh - sungguh. Aku juga berdoa agar diberikan petunjuk andai lelaki yang sedia ada ini terbaik untuk ku mahupun tidak. Dengan kalimah cinta Allah. "Kun faya kun", maka ditunjukkan aku akan lelaki itu tak baik untuk ku. Aku bersyukur ya Allah. Semuanya telah berlalu dan perkara itu berlaku ketika aku masih belajar lagi di tahun terakhir, tahun ke empat tahun 2006.

Setelah itu, aku menjalani hidup seperti biasa selepas tahun 2006 dan kemudian tahun 2007 aku sudah mula bekerja. Ada juga aku berkenalan dan bercinta dengan lelaki lain tapi tak lama, sebab sama je, aku ditipu atas kesetiaan ku dan kejujuran aku. Lalu aku puttuskan hubungan. Ah, semua itu kenangan lama yang membuatkan aku menjadi begini. Aku begini maksudnya, hidup dalam pengalaman pahit. Aku akui memang aku seorang yang tak akan lupa atas setiap apa yang berlaku. Itu aku.

Tapi kini, aku ada dia. Dia yang melamar ku dalam cintanya, dia yang juga bakal suami ku. Aku sentiasa berdoa agar selamat segalanya, agar dia menjadi lelaki yang terbaik untukku, lelaki yang menyayangi ku, mencintaiku, menjaga aku, mendidik dan memimpin aku menjadi seorang isteri dan anak yang solehah. Bila aku fikirkan tentang ini, pasti aku risau kembali, sedih. Ya Allah...permudahkanlah segala urusan kami, bantulah kami Ya Rahman. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui cerita cinta kami, yang Maha Memahami dan Maha Berkuasa atas segala nya. Lembutkan lah hati ibu bapa ku Ya Allah...Aku mohon Ya Rabbi.

"Tuhan tolong aku...tolong jaga dia, Engkau juga sayang dia Ya Allah"


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina

brought to you by AllBlogTools.com Blogger templates